Wednesday, December 3, 2008

Aktiviti hari minggu..

Minggu lepas, aku kena keje (sabtu dan ahad) sebab jabatan ada anjurkan Special Olympik untuk OKU peringkat kebangsaan. Aku lak dilantik sebagai ketua jawatankuasa RMS. Team aku buat buletin sepanjang acara berlangsung..luckily aku dibantu oleh 5 orang sukarelawan yang betul2 komited terhadap kerja..semua benda diorang yang uruskan..aku tinggal jadi editor dan komen je apa yg patut...tapi aku tak banyak komen sebab tau betapa susahnya kerja diorang..cari bahan, berita, gambar...so tahniah la untuk team aku iaitu shahril, shidi dan 3 lagi budak pompuan yang aku lupa nak tanya nama...hehehhe...



Ini adalah semasa acara pembukaan oleh Dato' KP..sebenarnya kan bila kita dekat dengan OKU ni timbul rasa insaf dalam diri tau..kadang2 tengok diorang ni..nak nangis pun ada..memang tersentuh la hati dengan gelagat diorang ni..


Diorang tak harapkan kemenangan tapi semangat yang kita bagi tu yang buatkan diorang ni rasa lebih dihargai...macam2 gelagat masa acara ni..ada yang terlupa nak lari walaupun tembakan pistol dah berbunyi..ada lak yang lari lambai2 tangan kat penonton (mcm miss world..)..ada lak tergendut2 lari tapi akhirnya dapat no 1...



Disebabkan dah 2 hari aku keje..so petang ahad tu aku bawak Danish keluar jalan2..mula kitorang pegi muzium shah alam sebab kawan aku kata ada persembahan jelajah koir kebangsaan tapi dah terlewat utk sesi petang...dah abis..malam lak start pukul 8.30 malam..so kitorang pegi ke auditorium MBSA lak tengok persiapan untuk LG Mystarz...takde sape2 pun kecuali kru produksi...

Danish lak tanak keluar dari dewan..tepaksa la ayah dia pujuk..tetiba datang 3-4 budak2 pompuan (muda2 belaka) tengah ngorat2 Danish..aku perhati je la dari jauh...malam tu bila tgk siaran langsung Mystarz rupanya budak2 pompuan tu peserta rancangan tu...heheh...sorry la dik..tak kenal..lagipun kitorangtak layan rancangan tu...heheh


Gmbar kurang memuaskan..latarbelakang masjid Shah Alam




Lepas tu kitorang singgah lak Alam Sentral..tak sangka lak ada ujibakat raja lawak kat situ..so layan la jap...tiba2 Danish bisik kat aku..ma...olos je iding tu (sambil buat gaya)..heheh...rupanya dia nampak zizan bolos daaa...jozan host petang tu tapi lupa lak aku nak snap gambar..yang sempat aku amik along cham ngan tauke..heheheh...sebenarnya aku follow raja lawak ni dari musim 1..so peserta yang terkeluar pun aku kenal gak la sape..



Setakat tu je la sesi jalan2 aku ngan family petang tu...next week..aku balik kampung..raya haji...hmm...rindunya nak balik....

No comments: