Wednesday, January 28, 2009

Retreat KPWKM 08 @ Cherating

Wahhhh….dah taun baru rupanya…punya la lama aku tak update blog…dari bulan 12 sampai la skrg ni…sibukkkkkkkkkkkk sgt……cuti pun tak sempat lagi…ahaa….aku sempat rehat jumaat 2 minggu lepas…sehari je tu pun sebab aku mc…dah jadi kebiasaan aku kat sini..bos aku pun tau…kalo tak hujung taun..awal taun aku mesti demam..mana taknya..time tu la nak closing akaun..nak pastikan semua clear, masa tu gak la kena bentang projek taun 2008 and rancang projek taun 2009 ni..campur lak dgn penyediaan bajet 09..kumpul maklumat utk bajet 2010/11..tender lagi…hishh…takleh pikir banyak2 la..kang jem lagi otak aku ni…sempena cuti raya cine je la baru aku sempat nak update blog kat rumah..kalo kat opis tu..kwn2 YM aku pun dah panggil aku alin sumbung…tak sempat aku nak reply ym diorang padahal nampak on je sehari semalam…takpe la..diorang semua paham keje aku kat sini…

Bulan lepas banyak benda yang berlaku sebenarnya..salah satunya..Retreat IT Kementerian dgn semua agensi di bawahnya..mmg best..kitorang ni pun sebenarnya kerap kumpul sama..tapi masa meeting la..tapi bila dah keluar dari ofis legi happening la..mula rancang nak buat kat Melaka..tapi last minutes dah tukar ke Cherating…best gak..so 4 hari la terpaksa aku tinggal hubby and Danish..kitorang bertolak masa Krismas 25 Dis sampai 28 Dis…Sebab kali ni aku tak bawak family so aku join kawan2 lain naik bas…macam rombongan cik kiah..aku macam biasa la..suka tido je sepanjang perjalanan…sesekali je Rosli sms tanya dah sampai mana..dia bawak family so driving la..bila dah masuk Pahang..ujan selebat2 nya sepanjang perjalanan..mmg masa tu musim ujan kat kawasan sana…bila sampai kat hotel..terus check in and..apa aku buat ek..tido lagi kot dlm bilik…ooo..baru teringat…kes sha dengan iron kat sana..macam nak mamposs aku gelak terguling2 kat dia..hanya aku dan dia yg tau cerita ni..heheh…
Nak diceritakan satu2..mmg banyak la aktiviti aku kat sana…yang penting ari jumaat tu aku,sha,shahru n kak syidah pegi jakuzi daaa…heheh..dah la masa dah suntuk kitorang lak tak jumpa pintu masuk..dah sibuk ngumpat2 kat luar tu sementara tunggu org hotel datang..dekat sejam gak..baru la dapat masuk..kat sini pun ada peristiwa mamat hotel tu ngan kitorang..tapi takpe..bagi peluang kat dia…saje amik kesempatan tau..


hari2 berikutnya tu macam biasa la…pagi ada senaman dan part aku paling suka..poco-poco la..

siang sibuk dengan aktiviti yang agak formal…ptg banyak bersantai di tepi pantai..heheh…petang ada sukaneka la..pastu mandi laut…ombak dia mmg ganazzzz….pastu on the way balik bilik aku singgah main bola tamper…lama tul tak main…pastu on the way balik bilik lagi sekali…aku terjun swimming pool…perhh…lupa jap dah jadi mak org..heheh…


Hari terakhir tu rupanya ada penyampaian hadiah utk kumpulan2 yang menang masa sukan dan tak disangka ada lak hadiah utk kategori2..err..macam2 la..yg penting…aku dapat ketegori pakaian wanita paling kemas…something like that la anugerah tu..perhhh…anugerah…hehhe…apa pun enjoy….balik ke kl singgah Kemaman beli kepok…best sangat..err..sape2 nak ke terengganu tu…boleh kirim???hehehhe
Camane boleh sama kaler lak pakai baju..iskhh..tepaksa amik gmbar..rosli..rosli..heheh

No comments: