Kali pertama dalam sejarah hidup aku...hari raya tanpa org tersayang di sisi..AYAH..(bapa mertua)..
Lebih mengharukan lagi...ayah 'pergi' sehari sebelum Aidilfitri (al-Fatihah 29/10/08)
Aku mmg insan paling bertuah dalam dunia ni sebab dapat bapa mertua macam ayah.
Tahun ni adalah kali keempat aku behari raya dengan suami:
-tahun pertama di kg aku
-tahun kedua di kg suami
-tahun ketiga di kg aku
-tahun keempat...sepatutnya ini adalah kali kedua aku berhari raya dengan ayah..tapi tak dapat aku bayangkan terpaksa berhari raya dengan mengiringinya ke tanah perkuburan..
Sepanjang puasa ada aku bertanya pada mak mertua sama ada ayah dapat puasa atau taun ni..mmg ayah ada sejarah sakit jantung dan terpaksa bergantung dengan ubat dan tahun2 sebelumnya ayah banyak kali keluar masuk hospital tapi Alhamdulillah tahun ni mak cakap ayah dapat puasa penuh...Aku sempat berbuka bersama ayah hanya beberapa kali sepanjang puasa tahun ni..
Ayah yang aku kenal...
Kali pertama aku kenal dengan ayah ialah ketika suami bawa aku berjumpa keluarganya..
pada perkenalan kali pertama..ayah cukup senang terima kehadiran aku dalam keluarga..lebih2 lagi bila aku bakal berkahwin dengan anak kesayangannya..
Ayah cukup bersahaja masa tu..dengan jeans yang koyak di lutut :-) serba serbi ayah nak nampak semuanya sempurna pada mata aku...
Masih teringat ayah membeli kek hari jadi dan sama2 nyanyikan lagu selamat hari jadi pada aku ketika itu..
Masih teringat juga ayah lah org paling kelam kabut bagi aku minum air bila aku terkejut hampir jatuh di parit belakang rumah dengan suami..
Masih teringat kata2 manis yang keluar dari mulut ayah pada pertemuan pertama sehingga aku rasa aku sebahagian dari keluarga itu..
Aku memang bertuah dapat mertua macam ayah..

Sepanjang aku berkawan dengan suami..aku kerap ke rumah ayah
Ayah layan aku macam anak dia sendiri..tak penah aku rasa aku macam menantu dalam rumah tu..
Masa berkahwin..kenduri aku lah yang paling meriah...
Baju persalinan ayah sponsor 5 pasang pada aku.. :-)
Anak buah suami cakap kat aku..ini lah kenduri paling meriah antara semua kenduri saudara mara sebab anak kesayangan ayah yang kahwin..
Selama 4 bulan aku duduk dengan mertua selepas kahwin..
Ayah dan mak berniaga sarapan di Klinik Anika Klang...bila aku bangun keje pagi2 ayah akan tanya sarapan apa aku nak bawak sebagai bekal ke tempat keje..
Dan ayahlah orang paling sibuk bila aku mintak bekal..
Satu ofis tau aku selalu bawak bekal mertua ke tempat kerja..setiap hari..
Betapa sayangnya ayah dekat aku...
Bila aku disahkan mengandung..ayahlah orang paling gembira..ayah kata dia suka kalau aku dpat bagi baby boy...:-)
Dia terus melarang aku pakai jeans..takut mudarat pd baby katanya :-)
Apa yg terdengar di telinganya keinginan aku masa tu...terus dicarinya...
Segala persiapan baby pun dia sponsor...
Dalam masa mengandung..aku berpindah ke Shah Alam..
Memang ayah berat hati nak biarkan aku duduk sendiri..ayah risaukan makan minum, pantang larang aku kat sana...seingat aku.....ayah banyak bagi petua2 masa aku mengandung dulu..dan aku ikut semuanya..
Bila duduk sendiri...ayah kerap jugak datang hantar makanan..ayah memang jenis yang suka suruh mak masak dan hantar kepada anak menantu...kebetulan pula..aku jenis yang suka cuba semua makanan yang dia makan...jadi bila ada mak masak makanan yang dia rasa aku tak penah rasa...dia akan hantar bekal kat aku...
Weekend ayah akan buat sarapan (paling aku gemar roti canai buatan ayah)...ayah akan panggil anak menantu untuk sarapan bersama di rumah..
Ayah juga kerap panggil anak menantu makan2 di luar...seronok bila hampir 20 org berkumpul serentak...
Teringat aku bila nak bersalin...ayah sama2 tunggu aku di luar wad
dan bila dimaklumkan aku dah bersalin...ayah peluk suami aku sambil menangis...
Bila aku berpindah ke wad..terpancar kegembiraan yang amat sangat pada wajah awah sebab aku dapat baby boy...
Aku beruntung sangat sebab kawin dengan anak kesayangan ayah dan jadi mama kepada cucu kesayangan atok...
Sepanjang masa dia kata pada mak.."cucu abas sorang ni kiah..kuat ni cucu abas.."
..mak jawab.."awak asyik kata cucu awak sorang, abis yang 6 orang lagi awak nak campak ke mana..
"ayah kata .."tak la...cucu abas yang kuat sorang ni je.."
Danish memang waris kuat keluarga suami aku...cucu lelaki dari anak lelaki...
Sepanjang hayat Danish dengan atoknya....tak pernah dia tak dapat apa yang di hajatkan..
Tapi aku sedih sebab tak lama dia dapat kasih sayang atoknya...
2 minggu sebelum Aidilfitri...
Ayah ada ajak aku sekeuarga untuk duduk bersama dia semua di Klang
Tapi suami tak setuju - aku tak sangka itu impian terakhir dia untuk hidup semula bersama kami semua...
Aku ada berpesan kepada mak untuk belikan aku ikan terubuk semasa Ramadhan..mak cakap sampai ke akhir hayat..ayah asyik ingatkan mak supaya belikan ikan terubuk untuk aku..dia takut aku mengidam nak makan....
pagi 2 hari sebelum raya...
Ayah dah anyam 200 ketupat...
Kali ini ayah dah ajar adik ipar aku untuk anyam..selalu dia anyam sendiri je tapi kali ni dia beria-ia ajar adik supaya tahun2 akan datang..ada orang bantu dia anyam ketupat...
bila mak tegur.."banyaknya awak buat ketupat..selalu 100 je.."
ayah jawab.."ehh...tahun ni anak cucu semua raya sini....ramai org nak datang tau..."
aku tak sangka...memang ramai yang datang raya tahun ni..sebab ziarah jenazah ayah...
malam 2 hari sebelum raya...
Sepatutnya aku dan suami shopping di KL
Tapi berat betul hati dia nak shopping dan dia ajak aku balik ke Klang
Katanya dia nak keluarkan RM1000 untuk last shopping di Klang...
Duit tu suami nak beli baju raya dia...tapi aku tak sangka yang duit tu digunakan untuk beli kain kafan ayah...
Sejam sebelum ayah 'pergi'...
Di rumah masa tu hanya ada aku dan keluarga dan 2 org adik ipar...
Yang lain ke rumah kakak ipar bersama mak...
Ayah panggil aku dan suami duduk depan dia
Masa tu ayah tengah tengok tv...
Dalam masa bercakap..ayah sesak nafas...
Adik sempat telefon semua supaya cepat balik..
Tapi ayah dah takde...
Aku bersyukur sebab sempat jumpa ayah...
Dan aku rasa ayah memang tunggu suami dan cucu kesayangannya sebelum dia 'pergi'
Tapi aku bersyukur sebab ayah 'pergi' dengan senang sekali...
Jenazah pun sempurna diurus dan disemadikan
Pertama kali dalam hayat aku ke tanah perkuburan untuk ziarah pusara ayah
Memang terasa kelainannya bila beraya tanpa ayah...
Apapun aku doakan supaya ayah di tempat oang yang beriman dan dijauhkan dari siksa...AMIN
2 comments:
mmg menyentuh hati dan perasaan...huhu. Al-fatihah..semoga ditmptkan di kalangan org beriman.
sedeynyaaaaaaaaaa....Allah lebey sayangkan dia Lin. Ko sabar byk2 ek, doakan dia aman di sana. Jadi insaf lak baca cite ko nih. Bagi yang masih ada insan yg begelar ayah ni hargailah selagi ada kesempatan. Rasa nak balik umah mak aku jek pelok n ciom derang huhu. Semoga arwah dicucuri rahmat aaaaaaaminnn
Post a Comment